Sunday, April 25, 2010

Aqsa Syarif di Konsert Kembara Sufi di UTP

Sabtu, 24 April 2010.

Rakan Masjid (RM), Media & Technology Club (MedTech), dan International Student Council (ISC) telah menganjurkan Konsert Kembara Sufi ke-8 di dewan cancelor, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Artis jemputan pada konsert tersebut adalah Azhan, Rabbani dan Shoutul Harakah.

Shoutul harakah membuat persembahan

Aqsa Syarif daerah perak tengah (ASPT) telah mengambil peluang dengan membuka booth jualan dan juga melancarkan tabung derma untuk Palestin melalui Aqsa Syarif Berhad.

Di samping itu, ASPT juga menggunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan Aqsa Syarif secara tak langsung kepada para pelanggan Konsert pada malam itu dengan menayangkan video korporat Aqsa Syarif dan juga montaj rasmi aqsa syarif.

Antara penggerak-penggerak aqsa syarif perak tengah (ASPT) bersama ustaz dawi (berkopiah putih) dan wakil kumpulan shoutul harakah (dua dari kanan)

Alhamdulillah, hasil kutipan tabung derma pada malam tersebut adalah sebanyak RM258.00.