Rakan Masjid (RM), Media & Technology Club (MedTech), dan International Student Council (ISC) telah menganjurkan Konsert Kembara Sufi ke-8 di dewan cancelor, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Artis jemputan pada konsert tersebut adalah Azhan, Rabbani dan Shoutul Harakah.
Di samping itu, ASPT juga menggunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan Aqsa Syarif secara tak langsung kepada para pelanggan Konsert pada malam itu dengan menayangkan video korporat Aqsa Syarif dan juga montaj rasmi aqsa syarif.
Alhamdulillah, hasil kutipan tabung derma pada malam tersebut adalah sebanyak RM258.00.